Thursday, December 6, 2012

BUKAN SEKADAR RESEPI

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur! Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini? -Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya --Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada  sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.Gila untuk senaskah buku masakan! --Ratna Roslan







 PENGARANG : ROZA ROSLAN
TEBAL BUKU : 376
HARGA : W/M : RM35, E/M : RM37

UNTUK PESANAN :
 emel : normiyusof@rocketmail.com
 sms ; 019 5394216
 fb : AlHuffaz (click here)


No comments:

Post a Comment