Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah, ingin mendapat kedudukan istimewa sebagai umat Nabi Muhammad saw di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuhi. Jangan sesekali kita lupa untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Daripada senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibnu Mas'ud r.a. mengingatkan, sesiapa yang melupakan suatu tuntutan sebagai 'bangkai hidup'. Tuntutan itu tidak lain dan tidak bukan ialah 'Al-Amr bil ma'ruf wa al-nahyu an al-mungkar'. Ertinya, menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran.
Justeru, sewaktu proses pembelajaran, pengajian dan kerjaya, amanah dan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar mesti berjalan seiring.
Pengarang : DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN
Tebal : 468
Harga : RM35.00
No comments:
Post a Comment